Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman di Pelegong

Ketika saya berada di Pelegong,saya , teman-teman dan guru-guru telah membuat basket dengan menggunakan rotan.Orang kampung memberi satu orang dua rotan.Mereka menunjukkan kita dengan perlahan bagaimana membuat basket.Satu makcik kata jika kita melepaskan satu jari,kita harus mula dari mula.Saya berasa takut lalu membuat kerja dengan betul.Setelah selesai beberapa langkah , makcik itu berkata kita boleh lepaskan gengaman itu.Saya pun melepaskan gengaman itu dengan perasaan yang lega.Dari situ rotan itu mula menjadi basket.Akhirnya,ia menjadi basket dan saya berasa besar hati.Walaupun rakan saya punya lebih cantik,saya tetap berasa gembira dengan kerja saya.

Tulisan Jawa

Semasa Bulan Bahasa ,cikgu saya telah mengambil informasi tenteng tulisan Jawi dan meletakkan informasi itu di ruang kolong blok di sekolah saya. Semasa di kolong blok sekolah ,seorang makcik menunjukkan murid-murid di Sekolah Rendah Eunos bagaimana menulis bahasa Jawi.Ia mudah kerana saya sudah belajar menulis Bahasa Jawi ketika membaca Al Quraan.Saya dikehendaki menulis nama sekolah kita. Setelah selesai , saya pun menunjukkan tulisan saya ke makcik itu.Dia mengatakan tulisan saya ini baik.Tulisan jawa berasal dari negara Arab dan juga tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia,Philipina dan Indonesia.

Pengalam di Pelegong

Semasa saya berada di Pelegong,saya pergi ke banyak tempat seperti di kebun dan kedai-kedai.Ketika saya berada di kedai kuih, saya membeli Dodol dan kuih baulu untuk keluarga saya.Bila saya di kedai rotan, saya ditunjuk bagaimana untuk membuat bola dengan menggunakan rotan.Saya berasa sangat tertarik lalu membeli sebiji bola rotan.Gambar-gambar dan daun yang ditulis nama juga dijual di kedai itu.Setelah selesai di sana, kita pun ke kebun.Pakcik di situ mennunjukkan sebiji timun yang belum lagi boleh ditarik.Dia mengatakan bahawa ada duri di timun itu. Ketika saya melihat timun itu,saya ternampak duri-duri yang tajam.Teman saya pun mengambil gambar timun itu.Kita pun pulang ke kampung setelah selesai.

Kuda Kepang

Kuda Kepang adalah sebuah tarian menggunakan kuda dibuat daripada kayu.Tarian Kuda Kempang berasal dari negeri Jawa. Kenapa menggunakan kuda dan tidak binatang lain?Sebenarnya, Kuda Kepang adalah untuk pahlawan yang pergi ke perang untuk negara ini. Zaman perang menggunakan pedang , pahlawan-pahlawan akan menggunakan kuda untuk pergi ke perang.Tetapi sekarang mereka menggunakan tarian kuda kepang dengan cara yang salah.Syaiton akan memasuki badan mereka .Mereka tidak akan sedar bahawa mereka sedang makn kaca dan boleh merosakkan tubuh.Saya sangat berharap tarian kuda kepang tidak akan digunakan dengan cara yang salah.

Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran saya terutama sekali sebagai sarapan pada waktu pagi.Semua keluarga saya suka makan Nasi Lemak.Saya suka makan Nasi Lemak yang ditaruk ayam, sambal dan telur.Nasi lemak yang asli dibuat menggunakan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal tetapi sekarang mereka menaruk ayam, daging dan ikan.Orang-orang cina juga membuat Nasi Lemak tetapi mereka menggunakan lauk babi.Nasinya dibuat dengan memasakanya bersama santan kelapa.Untuk menambahkan aromanya, daun pandan dimasukkan bersama nasi ketika sedang masak.Aroma dan sambalnya yang membuat saya suka kepada Nasi Lemak.

Wayang Kulit

Wayang Kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada kulit lembu,kerbau kambing. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Wayang kulit berasal dari orang-orang Indonesia.Ketika bulan bahasa ,saya dan tiga rakan saya Tata,Haziq dan Rahman telah melakukan wayang kulit untuk guru-guru dan rakan-rakan saya.Walaupun susah , saya dan rakan-rakan cuba sedayah upayah untuk menarik perhatian orang-orang lain.Setiap wayang kulit mempunyai nama yang sendiri dan saya berharap dapat bermain wayang kulit lagi.

Gendang

Gendang adalah alat muzik dalam keluarga genderang.Ia selalunya dibuat daripada kulit lembu,kambing atau kerbau.Ketika saya berada di Pelegong bersama guru-guru dan rakan-rakan saya , saya dapat bermain sebuah gendang.Terdapat dua jenis gendang.Pertama gendang ibu dan kedua,gendang anak.Gendang anak berbunyi sangat kuat tetapi gendang ibu tidak sangat.Saya bermain gendang ibu.Bangsa Cina,Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.Bagi orang Melayu,ada gendang yang digunakan untuk persilatan.Gendang juga digunakan untuk tarian atau untuk menyambut perayaan Diraja.