Tuesday, July 27, 2010
Pengalam di Pelegong
Semasa saya berada di Pelegong,saya pergi ke banyak tempat seperti di kebun dan kedai-kedai.Ketika saya berada di kedai kuih, saya membeli Dodol dan kuih baulu untuk keluarga saya.Bila saya di kedai rotan, saya ditunjuk bagaimana untuk membuat bola dengan menggunakan rotan.Saya berasa sangat tertarik lalu membeli sebiji bola rotan.Gambar-gambar dan daun yang ditulis nama juga dijual di kedai itu.Setelah selesai di sana, kita pun ke kebun.Pakcik di situ mennunjukkan sebiji timun yang belum lagi boleh ditarik.Dia mengatakan bahawa ada duri di timun itu. Ketika saya melihat timun itu,saya ternampak duri-duri yang tajam.Teman saya pun mengambil gambar timun itu.Kita pun pulang ke kampung setelah selesai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment