Tuesday, July 27, 2010

pengalaman di Pelegong

Ketika saya berada di Pelegong,saya dapat bermain alat muzik traditional dan juga menari menggunakan piring.Sebelum bermain alat muzik dan menari di malam perayaan,kita akan melatih bersama orang-orang yang pandai dalam perbuatan itu.Semasa bermain alat muzik,saya diarah guru untuk bermain gendang.Gendang mempunyai dua jenis,pertama gendang ibu dan kedua, gendang anak.Gendang anak berbunyi sangat kuat tetapi gendang ibu tidak sangat.Saya bermain gendang ibu.Dalam permulaan bermain gendang saya terkial-kial tetapi akhirnya saya dapat bermain dengan baik.Semasa melatih menari , secara berpasangan saya dan teman saya Syawal menari mengikuti kakak-kakak yang menari itu.Walaupun saya tidak suka, saya tetap berasa seronok.Di malam perayaan, kita bermain alat muzik dan juga menari.Tidak lupa ,ketika malam perayaan dua dari kawan saya telah menjadi pengantin pada malam itu.Mereka seperti pasangan yang sangat cocok.Setelah selesai malam perayaan,kita pun pulang ke hotel untuk esok.

No comments:

Post a Comment