Tuesday, July 27, 2010
Pengalaman di Pelegong
Ketika saya berada di pelegong,saya berasa bahawa saya tidak akan menyukai tempat itu.Tetapi saya tak tahu kenapa , saya berasa senang di sana. Saya menemui orang-orang yang baik dan berhati mulia. Mereka membawa kita semua ke tempat-tempat yang isimewa.Kita mendapat bermain permainan tradional seperti berjalan bersama tiga orang di dua batang kayu dan menjatuhkan sembilan belas tin dengan sebiji kelapa.Sebelum bermain kita akan bersenam supaya hati kita tidak akan terus berdebar dengan pantas.Setelah penat bermain , kita dapat bermakan nasi dengan lauk yang sungguh enak sehingga saya menambah lagi.Setelah tiga hari berada di Pelegong,kita pun pulang. Saya berasa sungguh berat hati untuk meninggalkan tempat itu tetapi saya harus pulang berjumpa bersama keluaga saya.Saya pun mengucapkan selamat tinggal.
pengalaman di Pelegong
Ketika saya berada di Pelegong,saya dapat bermain alat muzik traditional dan juga menari menggunakan piring.Sebelum bermain alat muzik dan menari di malam perayaan,kita akan melatih bersama orang-orang yang pandai dalam perbuatan itu.Semasa bermain alat muzik,saya diarah guru untuk bermain gendang.Gendang mempunyai dua jenis,pertama gendang ibu dan kedua, gendang anak.Gendang anak berbunyi sangat kuat tetapi gendang ibu tidak sangat.Saya bermain gendang ibu.Dalam permulaan bermain gendang saya terkial-kial tetapi akhirnya saya dapat bermain dengan baik.Semasa melatih menari , secara berpasangan saya dan teman saya Syawal menari mengikuti kakak-kakak yang menari itu.Walaupun saya tidak suka, saya tetap berasa seronok.Di malam perayaan, kita bermain alat muzik dan juga menari.Tidak lupa ,ketika malam perayaan dua dari kawan saya telah menjadi pengantin pada malam itu.Mereka seperti pasangan yang sangat cocok.Setelah selesai malam perayaan,kita pun pulang ke hotel untuk esok.
congkak(ismail)
Congkak adalah sejenis permainan traditional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.Di congkak mempunyai dua belas lubang kecil dan dua lubang besar . Dalam permulaan, satu lubang kecil mempunyai tujuh guli.Setiap kali kamu mengambil guli dalam satu lubang,kamu harus meletak satu guli ke lubang-lubang yang lain sehingga habis.Sesiapa yang mempunyai guli yang terbanyak di lubang besar akan menang.Ini permainan traditional kegemaran saya.Saya selalu bermain congkak bersama abang saya.Walaupun dia selalu yang menang, saya tetap berasa seronak.
Subscribe to:
Posts (Atom)